Turki Neutralkan Pengganas PKK dan Daesh di Utara Iraq dan Syria

Angkatan Bersenjata Turki (TSK) melancarkan Operasi Claw-Tiger menentang PKK di utara Iraq pada 8 Mei.

1463234
Turki Neutralkan Pengganas PKK dan Daesh di Utara Iraq dan Syria

 

Tiga pengganas telah dineutralkan sebagai sebahagian daripada Operasi Claw-Tiger yang dianjurkan menentang organisasi pengganas pemisah PKK di utara Iraq.

"Pasukan komando pahlawan kami telah meneutralkan 3 pengganas PKK sebagai sebahagian daripada Operasi Claw-Tiger yang berjaya dijalankan." Kata Kementerian Pertahanan Nasional Turki dalam satu kenyataan.

Angkatan Bersenjata Turki (TSK) melancarkan Operasi Claw-Tiger menentang PKK  di utara Iraq pada 8 Mei.

Dalam satu kenyataan lain dari kementerian itu, melaporkan bahawa tiga pengganas ditahan di wilayah Operasi Olive Branch dan Euphrates Shield di Syria.

''Dua pengganas PKK/PYD yang sedang menjalankan kegiatan keganasan ditahan di kawasan Operasi Olive Branch dan seorang pengganas Daesh juga ditahan di kawasan Operasi Euphrates Shield.'' Kata Kementrian.



Berita Terkait