Parlimen Albania Mengesahkan Perjanjian Kerjasama dengan Turki

Perjanjian tersebut ditandatangani antara kedua belah pihak pada 24 Januari 2020 dan 24 Februari 2020.

1460879
Parlimen Albania Mengesahkan Perjanjian Kerjasama dengan Turki

 

Parlimen Albania, mengesahkan perjanjian kerjasama kewangan dan ketenteraan yang ditandatangani dengan Turki serta protokol mengenai permohonan bantuan kewangan.

Timbalan Elona Gjebrea, dalam ucapannya di sesi parlimen sebelum pemungutan suara, mengingatkan bahawa Parlimen Albania sejak tahun 1998 hingga hari ini telah mengesahkan 26 perjanjian ketenteraan, geran dan protokol dengan Turki,

''Rakan strategik negara kita Turki, senantiasa menyokong Albania di pelbagai bidang, termasuk pertahanan dan logistik ketenteraan sesuai dengan program pertahanan dan keselamatan negara.'' Katanya.

Gjebrea menyatakan bahawa dengan perjanjian ini, Kementerian Pertahanan akan menggunakan 2.3 juta dolar untuk perkhidmatan ini,

"/.../ Kami mengucapkan terima kasih kepada pihak Turki yang tidak meninggalkan kami bersendirian dalam situasi sukar, termasuk juga dalam gempa bumi yang melanda negara kami dalam beberapa bulan terakhir. Saya berharap sokongan ini dapat membantu bukan sahaja kepada pemodenan Angkatan Bersenjata, tetapi juga kepada keadaan darurat awam." Katanya.

Perjanjian tersebut ditandatangani antara kedua belah pihak pada 24 Januari 2020 dan 24 Februari 2020.

 



Berita Terkait