Ringkasan Akhbar Turki

Ringkasan Akhbar Turki 16 Julai 2020

1456125
Ringkasan Akhbar Turki


Akhbar Haber Türk: ''Pidato Presiden Erdoğan pada 15 Julai''

Presiden Recep Tayyip Erdoğan menyampaikan ucapannya kepada negara pada 15 Julai. Erdoğan berkata, "Pada malam 15 Julai, mereka berusaha lagi untuk merantai bangsa ini yang mencintai kemerdekaan dan kami bersyukur mereka tidak berjaya." (Pada 15 Julai 2016) Setiap individu dari negara kita telah membuktikan bahawa ia dapat menjadi pahlawan yang tidak terkalahkan demi suara azan, bendera, kebebasan dan masa depannya."

 

Akhbar Hürriyet: "Pertunjukan koreografi khas 15 Julai di Hagia Sophia"

Direktorat Komunikasi Turki menganjurkan pertunjukkan koreografi 100 orang di dataran di hadapan Hagia Sophia dengan tema 15 Julai. Pertunjukan bertajuk ''Jangan Lupa, Jangan Dilupakan'', ditonton dengan penuh minat oleh pelancong tempatan dan asing. Dalam kerangka acara itu, pertunjukan cahaya bertema 15 Julai diadakan di Bosphorus dengan 200 kenderaan udara tanpa pemandu (UAV). Pertunjukan itu terlihat dari banyak daerah di Istanbul.

 

Akhbar Vatan: "Menteri Pertahanan Britain: Turki adalah Pengubah permainan"

Menteri Pertahanan Britain, Ben Wallace dalam satu kenyataan mengatakan, bahawa penggunaan kenderaan udara tanpa pemandu (UAV) Turki yang berkesan di Syria dan Libya berfungsi sebagai penukar permainan. Bercakap di Persidangan Tenaga Udara dan Angkasa, Wallace menunjuk Turki sebagai contoh Turki dalam bidang UAV.

Wallace menyatakan bahawa Britain harus mengambil pelajaran dari negara-negara lain dalam hal pertahanan, 'Lihat bagaimana Turki menggunakan Bayraktar TB-2 di Libya. "Katanya.

 

Akhbar Yeni Şafak: "Pondasi kilang yang akan menghasilkan kereta domestik akan ditanam pada hari Sabtu"

Pondasi kilang yang akan menghasilkan kereta domestik akan ditanam oleh Presiden Recep Tayyip Erdoğan pada hari Sabtu. Kilang kereta domestik yang merupakan visi Turki akan ditubuhkan di Daerah Gemlik di Bursa dan akan menyediakan pekerjaan langsung untuk 4 ribu 323 orang.

 



Berita Terkait