Erdoğan: "Keputusan Hagia Sophia Diambil Berdasarkan Apa yang Bangsa Kita Mahukan"

Presiden Erdoğan menyatakan bahawa mereka yang tidak mengambil langkah untuk mencegah permusuhan terhadap Islam di negaranya, berusaha menyerang kehendak hak penggunaan berdaulat Turki.

1453406
Erdoğan: "Keputusan Hagia Sophia Diambil Berdasarkan Apa yang Bangsa Kita Mahukan"

 

Presiden Turki Recep Tayyip Erdoğan, mengatakan bahawa Turki bukan hanya mengusir organisasi pengganas yang berupaya mengepung sempadan-sempadan kami, ia juga mewujudkan garis keselamatan cukup mendalam di darat dan di laut.

Jambatan yang menghubungkan garisan Van-Tatvan-Bitlis dengan Siirt-Mardin-Batman, di bandar Begendik di daerah Pervari, Siirt, yang pembinaannya dimulakan pada tahun 2014, telah selesai.

Presiden Erdoğan bercakap pada perasmian Majlis Pembukaan Jambatan Botan Çayı Beğendik.

Dalam ucapannya Erdoğan menyinggung perjuangan melawan keganasan,

"Kami tidak hanya menghancurkan organisasi pengganas yang berusaha mengepung sempadan kami, kami juga telah menciptakan garis keamanan yang sangat dalam di darat dan di laut. Kami telah memasuki masa di mana kami berurusan dengan dalang, bukan dengan boneka. Baik organisasi pengganas, agenda jahat, atau perangkap lain tidak akan berjaya." Katanya.

Presiden Erdoğan menyatakan bahawa mereka yang tidak mengambil langkah untuk mencegah permusuhan terhadap Islam di negaranya, berusaha menyerang kehendak hak penggunaan berdaulat Turki.

"Kami membuat keputusan ini dengan melihat apa hak kami, dan apa yang diinginkan oleh bangsa kami, bukan apa yang dikatakan sesiapa." Kata Erdoğan mengenai pembukaan Hagia Sophia untuk beribadat.

 



Berita Terkait