Erdoğan:''Tahniah atas Keputusan Mengenai Hagia Sophia''

Keputusan Presiden mengenai pembukaan Masjid Hagia Sophia untuk beribadah dengan mengalihkan pengurusannya kepada Direktorat Jabatan Hal Ehwal Agama, diterbitkan dalam Warta Rasmi.

1452934
Erdoğan:''Tahniah atas Keputusan Mengenai Hagia Sophia''

 

Presiden Recep Tayyip Erdoğan menyatakan bahawa setelah pembukaan Hagia Sophia untuk beribadah dengan keputusan Dewan Negara, diputuskan untuk mengubah tempat ini menjadi tempat ibadah dengan menyerahkannya ke Direktorat Jabatan Hal Ehwal Agama.

Dewan Majlis Negara ke-10 membatalkan keputusan Majlis Menteri bertarikh 24 November 1934 mengenai penukaran Hagia Sophia dari masjid menjadi muzium. Dengan keputusan Majlis Negara ini, jalan untuk beribadat di Hagia Sophia telah terbuka.

Menerusi Twitter, Presiden Recep Tayyip Erdoğan berkongsi mesej ''Tahniah'', beliau memaklumkan bahawa Masjid Hagia Sophia telah diserahkan kepada Direktorat Jabatan Hal Ehwal Agama.

Keputusan Presiden mengenai pembukaan Masjid Hagia Sophia untuk beribadah dengan mengalihkan pengurusannya kepada Direktorat Jabatan Hal Ehwal Agama, diterbitkan dalam Warta Rasmi.



Berita Terkait