Ringkasan Akhbar Turki

Ringkasan Akhbar Turki 3 Julai 2020

1448156
Ringkasan Akhbar Turki

 

Akhbar Yeni Şafak: ''Lawatan pertama selepas wabak''

Presiden Recep Tayyip Erdoğan, yang melakukan lawatan pertamanya ke luar negara selepas wabak jenis baru coronavirus (Covid-19), bertemu dengan Emir Qatar Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani semalam. Delegasi juga mengiringi Presiden Erdoğan dan Al Thani. Presiden Erdoğan kembali ke tanah air selepas makan malam rasmi yang disnjurkan selepas mesyuarat.

 

Akhbar Haber Türk: ''Çavuşoğlu di Jerman''

Selepas pertemuannya dengan Perdana Menteri Jerman Heiko Maas di Jerman, Menteri Luar Turki Mevlüt Çavuşoğlu menyatakan kekecewaan disebabkan Kesatuan Eropah (EU) tidak menghapus amaran perjalanannya ke atas Turki. Mengenai ketegangan yang berlaku dengan Perancis di Mediterranean Timur, Çavuşoğlu berkata, ''dakwaan Perancis terhadap kapal-kapal kami tidak benar. Perancis mesti meminta maaf kepada kami.''

 

Akhbar Vatan: ''Jurucakap Presiden Ibrahim Kalın: Turki akan terus berada di pihak mereka"

Jurucakap Presiden Ibrahim Kalın menyatakan bahawa percubaan pengilhakan dan pencerobohan Israel, yang mengabaikan undang-undang antarabangsa, tidak memiliki kesahihan. "Turki akan terus berpihak kepada rakyat Palestin dalam kes yang adil dan sah.'' Katanya.

 

Akhbar Sabah: ''Menteri Pekcan membuat kenyataan mengenai eksport''

Menteri Perdagangan Turki Ruhsar Pekcan mengumumkan angka eksport Jun. "Pada bulan Jun, eksport kami meningkat 15.8 peratus berbanding bulan yang sama tahun lalu dan mencapai 13 bilion 469 juta dolar, dan 35 peratus berbanding Mei," katanya.

 



Berita Terkait