EU: ''Turki Adalah Calon Ahli EU dan Sekutu NATO''

Peter Stano menjawab soalan mengenai lawatan Perwakilan Tinggi EU untuk Hal Ehwal Luar Negeri dan Dasar Keselamatan, Josep Borrell, ke Turki pada 6-7 Julai.

1448599
EU: ''Turki Adalah Calon Ahli EU dan Sekutu NATO''

 

Jurucakap Suruhanjaya Kesatuan Eropah (EU) Peter Stano, menyatakan bahawa hubungan dua hala dengan Turki sangat dipentingkan, beliau berkata bahawa Turki menjalankan rundingan  keahlian dengan Kesatuan, ia adalah sekutu NATO dan hubungan-hubungan perlu mencerminkan isu-isu ini.

Peter Stano menjawab soalan mengenai lawatan Perwakilan Tinggi EU untuk Hal Ehwal Luar Negeri dan Dasar Keselamatan, Josep Borrell, ke Turki pada 6-7 Julai.

Jurucakap itu menyatakan bahawa Borrell akan bertemu dengan Menteri Luar Turki Mevlüt Çavuşoğlu pada hari Isnin dan berkata dia akan menyampaikan perincian tambahan apabila lawatan itu sudah jelas.

Jurucakap Stano berkata bahawa hubungan Turki-EU serta beberapa masalah yang timbul dengan negara-negara ahli akan dibincangkan, masalah-masalah akan lebih mudah diselesaikan melalui dialog, tambahnya.

Lawatan Borell menunjukkan betapa EU mementingkan hubungan-hubungannya dengan Turki, kata Peter Stano.

''Turki adalah negara calon ahli dan sekutu NATO. Hubungan kami mesti mencerminkan semua isu-isu ini." Katanya.

Stano menggariskan bahawa pada Majlis Hubungan Luar yang akan dianjurkan pada 13 Julai, hubungan Turki-EU dalam segala dimensi juga akan dievaluasi.

 



Berita Terkait