Erdoğan Membuat Kenyataan Mengenai Hagia Sophia

Presiden Turki Recep Tayyip Erdoğan mengatakan bahawa tuduhan mengenai Hagia Sophia, adalah serangan langsung terhadap hak kedaulatan Turki.

1448518
Erdoğan Membuat Kenyataan Mengenai Hagia Sophia

 

Presiden Turki Recep Tayyip Erdoğan mengatakan bahawa tuduhan mengenai Hagia Sophia, adalah serangan langsung terhadap hak kedaulatan Turki.

"Tidak ada yang memiliki hak dan wewenang untuk mencampuri urusan di tempat-tempat ibadat kami, sebagaimana kami tidak pernah terlibat ke atas tempat-tempat ibadat di negara lain, yang melayani warganegara mereka sendiri. Tuduhan terhadap negara kita berarti serangan terhadap hak-hak kedaulatan kita." Kata Presiden Erdoğan pada Majlis Pecah Tanah Masjid Levent di Istanbul.

Presiden Turki menyatakan bahawa di Turki, selain umat Muslim yang merupakan kumpulan agama yang dominan, mereka yang menganut agama lain juga akan terus melindungi hak mereka,

"Berjuta-juta orang mengalami pelbagai tekanan, termasuk makna hidup mereka hanya kerana kepercayaan agama mereka. Ini adalah tempat sebenar untuk melihat, memberi tumpuan dan mengambil langkah berjaga-jaga." Katanya.



Berita Terkait