Tindak Balas Turki ke Austria yang Membenar Penyokong PKK Anjur Demonstrasi

Turki menjemput Austria untuk memerangi PKK yang diakui oleh Kesatuan Eropah sebagai organisasi pengganas,

1445409
Tindak Balas Turki ke Austria yang Membenar Penyokong PKK Anjur Demonstrasi

 

Turki bertindak balas ke Avustria yang membenar para penyokong organisasi pengganas pemisah PKK menganjurkan demonstrasi.

"Demonstrasi oleh organisasi pengganas PKK dan para penyokongnya selama beberapa hari berturut-turut telah menjadi manifestasi ketidakjujuran baru dalam memerangi keganasan," kata Kementerian Luar Negeri dalam satu kenyataan bertulis, sambil memaklumkan bahawa aksi demonstrasi dianjurkan oleh para penyokong PKK di Vienna, ibu negara Austria, selama beberapa hari berturut-turut.

Kementrian menekankan bahawa Turki sedang menjalankan operasi-operasi berjaya terhadap organisasi pengganas, ia mengecam atas kecederaan warga negara Turki dan rosaknya beberapa perniagaan Turki disebabkan campur tangan polis Austria.

"Membenarkan propaganda organisasi pengganas PKK, mengabaikan penggunaan simbol organisasi pengganas dan mensasarkan negara kita melalui demonstrasi yang dipersoalkan, adalah tidak dapat diterima. Pentingnya hasil konkrit yang diperolehi Turki dalam perjuangannya menentang keganasan di dalam maupun merentas sempadan, dapat lebih terlihat jelas di hadapan pemandangan ini. Usaha-usaha untuk menyokong PKK, organisasi pengganas yang hampir mati akibat operasi-operasi kami yang berjaya, adalah sia-sia. " Kata Kementrian.

Dalam kenyataan itu Kementrian menjemput Austria untuk memerangi PKK yang diakui oleh Kesatuan Eropah sebagai organisasi pengganas, ia juga diminta untuk tidak menjadikan isu itu sebagai bahan untuk politik populis.

 



Berita Terkait