Ringkasan Akhbar Turki

Ringkasan Akhbar Turki 30 Jun 2020

1446013
Ringkasan Akhbar Turki


 

Akhbar Yeni Şafak: ''The Independent: ''Perancis jatuh ke dalam situasi yang lucu kerana untuk mempertahankan dasar Libya, ia menuduh Turki ."

Pendapat masyarakat dunia terus membincangkan Perancis yang menyokong Haftar di Libya selama bertahun-tahun, dan yang menuduh Turki bagi menutupi kesalahannya ketika Haftar mengalami kekalahan, Akhbar Independent menerbitkan sebuah artikel, yang menyatakan, ''Pihak berkuasa Perancis jatuh ke dalam situasi yang lucu kerana untuk mempertahankan dasar Libya, ia menuduh Turki ."

 

Akhbar Vatan: ''Menteri albayrak: Keyakinan terhadap ekonomi Turki meningkat''

''Keyakinan terhadap ekonomi Turki meningkat. Indeks Keyakinan Ekonomi, yang 51.3 pada bulan April, meningkat kepada 61.7 pada bulan Mei dan 73.5 pada bulan Jun. Kami akan meneruskan tahun 2020 dengan prestasi ini dan akan terus maju pada tahun berikutnya.'' Kata Menteri Kewangan Turki Berat Albayrak.

 

Akhbar Sabah: "Kereta api elektrik tempatan dan nasional turun ke landasan"

Menteri Industri dan Teknologi Turki Mustafa Varank mengatakan bahawa kereta api elektrik tempatan dan nasional telah berada di landasan dan akan memulakan ujian kilang. Sedangkan Menteri Pengangkutan dan Infrastruktur, Adil Karaismailoğlu juga mengatakan, ''Ia akan berada di landasan pada akhir tahun ini dan kami akan memulakan pengangkutan penumpang tidak lama lagi ".

 


Akhbar Hürriyet: ''Pusat logistik untuk tiga negara"

Menteri Pengangkutan dan Infrastruktur Adil Karaismailoğlu menyatakan bahawa e-commerce semakin mendapat tempat di dunia seiring dengan proses pandemi, “Kami akan membina gudang e-commerce di England, Jerman dan Rusia. Matlamat kami adalah untuk menjadikan platform e-commerce kami sebagai salah satu daripada 5 pemain teratas di rantau ini. " Katanya.

 



Berita Terkait