Covid-19, Turki Hantar Bekalan Kesihatan ke Iraq

Di Iraq, wabak Covid-19 baru-baru ini meningkat ke tahap yang membimbangkan. Di seluruh negara, hingga kini, 1.839 nyawa hilang akibat Covid-19, sementara jumlah mereka yang terkena virus itu mencecah 47 ribu 151 orang.

1445923
Covid-19, Turki Hantar Bekalan Kesihatan ke Iraq

Turki menghantar bekalan perubatan ke Iraq, yang sedang berjuang menghadapi wabak jenis baru coronavirus (Covid-19).

Duta Besar Turki ke Baghdad Fatih Yıldız, menyatakan bahawa wabak (Covid-19) memberi kesan buruk ke Iraq,

"Sementara jumlah kes di negara ini meningkat, terlihat bahwa sistem kesihatan mengalami kesukaran dan warga serta hospital mengalami kesulitan dalam mengakses beberapa bahan dasar." Katanya.

Duta Besar Yıldız menyampaikan bahawa dalam menghadapi keadaan yang semakin memburuk di negara ini, pihak berkuasa Iraq termasuk Kementrian Kesihatan dan Alam Sekitar serta masyarakat yang mempunyai hubungan dengan Turki, telah meminta bantuan dari Turki melalui Kedutaan Baghdad.

''Seperti biasanya, Presiden Recep Tayyip Erdoğan menekankan bahawa kita mesti menunjukkan bahawa di masa-masa yang sukar ini, kita berada di pihak Iraq, jiran kita, rakan kita dan saudara kita, dan dalam konteks ini, beliau memberikan arahan untuk memenuhi permintaan keperluan Kementerian Kesihatan dan Alam Sekitar Iraq, serta keperluan wilayah Wasit (Kut) yang mempunyai hubungan sejarah dengan Turki, juga keperluan wilayah Kirkuk dan Mosul di mana ramai orang Turkmen tinggal di Iraq.

Berita Terkait