Ringkasan Akhbar Turki

Ringkasan Akhbar Turki 29 Jun 2020

1445190
Ringkasan Akhbar Turki

 

Akhbar Star: "Tufeyli: Erdogan berjuang untuk kestabilan Libya"

Sheikh Subhi Tufeyli, salah seorang ulama Syiah di Lebanon, menyatakan bahawa tidak benar berpihak kepada Perancis, Rusia, Itali dan Israel menentang Presiden Recep Tayyip Erdoğan. "Erdoğan berusaha untuk kestabilan dan kepentingan rakyat Libya." Kata Sheikh Tufeyl, beliau menambah di Libya, Turki menentang cita-cita Perancis dan Israel.

 

Akhbar Sabah: ''Senjata dan peluru di 24 tempat perlindungan dan gua milik pengganas dirampas"

Kementerian Pertahanan Nasional Turki memaklumkan bahawa sebilangan besar senjata dan bekalan hidup serta peluru disita di 24 bunker dan gua yang dikesan dalam Operasi Claw-Tiger yang dianjurkan ke atas organisasi pengganas pemisah PKK di utara Iraq. Kementrian mengatakan bahawa operasi, yang dilancarkan pada 17 Jun, berjaya diteruskan seperti yang dirancang.

 

Akhbar Haber Türk: ''Turki adalah antara koridor perjalanan Britain"

Kerajaan Britain sedang bersiap untuk membuka koridor perjalanan dengan beberapa negara selepas 6 Julai. Dilaporkan bahawa Turki juga termasuk di antara negara-negara tersebut. Syarikat pelancongan memaklumkan bahawa terdapat kepadatan tinggi dalam tempahan percutian selepas berita ini. Senarai lengkap negara yang Britain akan membuka koridor perjalanan dijangka akan diumumkan minggu hadapan.

 

Akhbar Yeni Şafak: "Pandemi berubah menjadi peluang dalam pelancongan Bursa"

Di Bursa, langkah diambil untuk menjadi salah satu destinasi terpenting untuk pemahaman percutian yang sihat. Pelancongan tracking, berkhemah dan caravan adalah dasar pelancongan utama yang dirancang sesuai dengan keadaan hidup normal yang baharu di bandar itu. Selain Uludağ, dataran tinggi, tasik dan lautnya, Bursa akan menjadi pusat perhatian dengan struktur geografisnya yang menarik bagi semua pencinta alam.

 



Berita Terkait