Britain: ''Terdapat Kemajuan Dalam Perundingan Perjanjian Perdagangan dengan Turki''

Liz Truss menyatakan bahawa masih ada hubungan perdagangan yang kuat senilai 19 bilion pound antara kedua-dua negara.

1443535
Britain: ''Terdapat Kemajuan Dalam Perundingan Perjanjian Perdagangan dengan Turki''

 

Menteri Perdagangan Britain Liz Truss, melaporkan bahawa terdapat kemajuan dalam perundingan perjanjian perdagangan antara negaranya dengan Turki.

"Senang melihat kemajuan dalam rundingan perjanjian perdagangan antara Britain dan Turki." Kata Liz Truss menerusi akaun Twitter.

Liz Truss menyatakan bahawa masih ada hubungan perdagangan yang kuat senilai 19 bilion pound antara kedua-dua negara,

"(Setelah Brexit) pada akhir periode peralihan kami bekerja keras untuk memastikan kami mencapai perjanjian perdagangan antara Britain dan Turki." Ungkapnya.

Britain memutuskan untuk meninggalkan Kesatuan Eropah (EU) dengan undi popular pada tahun 2016 (Brexit), dan secara rasmi meninggalkan Kesatuan pada 31 Januari selepas lebih daripada 3 tahun rundingan pemisahan.



Berita Terkait