Turki: 6 Pengganas PKK Dineutralkan dengan Operasi Udara

Kementrian Pertahanan Turki memaklumkan bahawa operasi terhadap organisasi pengganas pemisah PKK masih diteruskan dengan penuh tekad.

1441946
Turki: 6 Pengganas PKK Dineutralkan dengan Operasi Udara

 

Kementerian Pertahanan Nasional Turki melaporkan bahawa 6 pengganas PKK telah dineutralkan di wilayah Zap dan Avashin-Basyan.

Menerusi akaun Twitter Kementrian memaklumkan bahawa operasi terhadap organisasi pengganas pemisah PKK masih diteruskan dengan penuh tekad.

Enam pengganas PKK, yang dikenal pasti melalui pengintaian dan pengawasan di wilayah Zap dan Avashin-Basyan di utara Iraq, dineutralkan oleh operasi udara, kata Kementrian.

Dalam pernyataan lain yang dibuat oleh kementerian, telah dilaporkan bahawa 998 pengganas PKK / YPG, yang telah berusaha menyusup ke kawasan Operasi Peace Spring di Syria, telah dineutralkan sejak perjanjian Sochi ditandatangani pada 22 Oktober 2019.

Dalam pernyataan itu, dinyatakan bahawa bersama dengan terowong yang dikesan oleh komando pada 10 Jun, 1433 terowong dengan jumpah panjang 161 kilometer telah dimusnahkan.

Menurut kenyataan lain yang dibuat oleh Kementrian Pertahanan Nasional Turki juga, pasukan komando, yang berjaya menjalankan Operasi Claw-Tiger di Haftanin di utara Iraq, mengenal pasti sebuah gua semula jadi yang dikembangkan untuk digunakan oleh pengganas.

Gua, yang dianggap digunakan sebagai kedudukan senjata berat oleh pengganas PKK, dan terowong sepanjang 150 meter di dalamnya telah dimusnahkan oleh pasukan komando.



Berita Terkait