Ringkasan Akhbar Turki

Ringkasan Akhbar Turki 19 Jun 2020

1439111
Ringkasan Akhbar Turki

 

Akhbar Hürriyet: ''Menteri Çavuşoğlu membuat kenyataan mengenai Libya''

Menteri Luar Turki Mevlüt Çavuşoğlu menyatakan bahawa ada pendekatan positif antara Presiden Recep Tayyip Erdoğan dan Presiden AS Donald Trump mengenai Libya, beliau berkata bahawa mereka telah diarahkan untuk bekerjasama dengan AS di Libya.


Akhbar Vatan: ''Rekod selama 20 tahun terakhir telah dipecahkan"
Mengenai pengeluaran tenaga Turki, Menteri Tenaga dan Sumber Asli Fatih Dönmez mengatakan "Pada bulan April 2020 kadar tempatan adalah 79.6 peratus dan kadar yang boleh diperbaharui adalah 66 peratus. Nilai ini dicatat sebagai nilai tertinggi setiap bulan sejak tahun 2000."

 

Akhbar Yeni Şafak: ''Kapal Penggerudian Fatih mula bersiap untuk penggerudian''

Kapal Penggerudian Fatih, yang meneruskan persiapannya di Pelabuhan Trabzon untuk menjalankan kegiatan penggerudian di Laut Hitam, selepas melengkapkan kekurangannya, pada 25 Jun ia akan berangkat ke Ereğli Laut Hitam untuk kerja-kerja penggerudian.

 

Akhbar Star: ''UAV Bayraktar TB2 akan mengawasi kawasan hutan terhadap kebakaran''

Pengurus Teknikal Pertahanan Baykar, Selçuk Bayraktar, menerusi akaun Twitter, mengumumkan bahawa (Kenderaan Udara Tidak Berawak) UAV Bayraktar TB2 akan terbang siang dan malam untuk mengawasi kebakaran hutan.

 



Berita Terkait