Rusia: ''Kerjasama Turki-Rusia Boleh Dijadikan Contoh''

Rusia berkata bahawa terdapat hasil-hasil penting daripada kerjasama pelbagai aspek dengan Turki.

1429731
Rusia: ''Kerjasama Turki-Rusia Boleh Dijadikan Contoh''

 

Rusia berkata bahawa terdapat hasil-hasil penting daripada kerjasama pelbagai aspek dengan Turki.

Jurucakap Kementerian Luar Negeri Rusia, Maria Zakharova, pada sidang media, mengevaluasi kenyataan pegawai Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS) Matthew Palmer, bahawa Washington bimbang mengenai keinginan Turki untuk memperkuat dan memperluas kerjasama dengan Rusia.

"Hasil penting dari kerjasama pelbagai aspek kami (dengan Turki), adalah berdasarkan kepentingan bersama, melalui membangun hubungan berdasarkan saling menghormati tanpa tekanan atau paksaan adalah mungkin." Katanya.

Zaharova mengatakan bahawa di Washington makna perkataan ''saling menghormati'' telah dilupakan, hubungan dua hala yang serba boleh antara Turki dan Rusia boleh dijadikan contoh, tambahnya.

Zaharova, yang juga menilai situasi di Syria, mengingatkan bahawa gencatan senjata dilaksanakan di Zon Pengurangan Ketegangan Idlib dan bahawa rondaan tentera bersama Turki-Rusia terus berlanjut.



Berita Terkait