WHO Memuji Bantuan Perubatan Turki yang Dihantar ke Banyak Negara

Selain ke Amerika Syarikat (AS), United Kingdom, Sepanyol dan Itali, Turki juga telah menghantar bantuan perubatan ke banyak negara termasuk negara-negara Afrika dan Balkan.

1426254
WHO Memuji Bantuan Perubatan Turki yang Dihantar ke Banyak Negara

 

"Bantuan ini adalah contoh solidariti yang baik." Kata Jurucakap Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Dr. Margaret Harris, mengenai bantuan perubatan, yang dihantar Turki ke lebih daripada 80 negara, untuk digunakan dalam perjuangan memerangi wabak jenis baru coronavirus (Covid-19).

Jurucakap WHO yang menonjol dalam wabak Covid-19, ahli epidemiologi Dr. Margaret Harris membuat penilaian kepada Anadolu Agency (AA).

Harris memuji Turki yang telah menghantar bantuan perubatan ke lebih daripada 80 negara, untuk digunakan dalam berjuang memerangi wabak Covid-19,

''Bantuan ini adalah contoh baik dari kemurahan hati, sokongan dan solidariti yang mesti saling kita tunjukkan untuk mengalahkan virus."  Katanya.

Selain ke Amerika Syarikat (AS), United Kingdom, Sepanyol dan Itali, Turki juga telah menghantar bantuan perubatan ke banyak negara termasuk negara-negara Afrika dan Balkan.

Menteri Luar Turki Mevlüt Çavuşoğlu, mengatakan dalam sebuah pernyataan pada 15 Mei, bahawa 135 negara telah memohon bantuan bekalan perubatan ke Turki, dan Turki telah memenuhi permintaan 80 negara.

 



Berita Terkait