Turki-Rusia Mulakan Rundingan Pengembangan Vaksin Covid-19

Pihak Turki menekankan bahawa ia siap untuk bekerjasama dalam mengembangkan vaksin Covid-19.

1422187
Turki-Rusia Mulakan Rundingan Pengembangan Vaksin Covid-19

 

Turki dan Rusia,  telah memulakan perundingan mengenai usaha bersama untuk mengembangkan vaksin coronavirus (Covid-19).

Menurut kenyataan dari Perkhidmatan Perlindungan Kesihatan Manusia dan Hak Pengguna Rusia (Rospotrebnadzor), Timbalan Menteri Kesihatan Turki Emine Alp Meşe dan Presiden Rospotrebnadzor Anna Popova, mengadakan pertemuan untuk memerangi Covid-19, pengembangan vaksin dan ubat dengan kaedah persidangan video.

Dalam pertemuan itu, dengan mempertimbangkan keadaan wabak semasa di Rusia dan Turki, kajian vaksin untuk Covid-19, langkah-langkah dalam rawatan dan penularan wabak serta penghapusan langkah-langkah tersebut telah dirundingkan.

Dalam kenyataan mengenai perbincangan itu, disebutkan bahawa kajian mengenai pengembangan vaksin antara Turki dan Rusia juga dibincangkan.

"Pihak Turki menekankan bahawa ia siap untuk bekerjasama dalam mengembangkan vaksin Covid-19. Sehubungan itu, diputuskan untuk bertukar maklumat antara saintis serta pakar Rusia dan Turki." Kata kenyataan itu.



Berita Terkait