Presiden Erdoğan Mengucapkan Tahniah Aidilfitri

Hari Raya Aidilfitri bermula pada hari Ahad, 24 Mei, dan akan berlangsung selama 3 hari.

1422542
Presiden Erdoğan Mengucapkan Tahniah Aidilfitri

 

Presiden Turki Recep Tayyip Erdoğan menyatakan bahawa selepas wabak jenis baru coronavirus (Covid-19), Turki akan membawa kekuatannya, kekayaan dan kemakmurannya bergerak jauh lebih tinggi, di dunia yang akan ditatan semula secara politik dan ekonomi.

Presiden Erdoğan telah menerbitkan mesej Hari Raya Aidilfitri.

''Selepas wabak, di dunia yang akan ditatan semula secara politik dan ekonomi, kami akan membawa kekuatan, kekayaan dan kemakmuran Turki bergerak jauh lebih tinggi.'' Kata Presiden Erdoğan yang mengucapkan tahniah kepada rakyatnya.

"Kami menggerakkan semua sumber daya negara sehingga tidak seorang pun warga negara kami yang akan menjadi korban atau mengalami kesulitan atau kekurangan akibat langkah-langkah yang diambil terhadap pencegahan wabak ." Katanya.

Presiden Erdoğan juga menyatakan bahawa kita semua harus menyambut Hari Raya ini di rumah sahaja disebabkan wabak Covid-19 yang menjejaskan seluruh dunia dan juga Turki.

Arab Saudi, Qatar, Kuwait, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Bahrain, Palestin, Jordan, Iraq, Yemen, Mesir, Libya, Syria, Lebanon, Algeria dan Tunisia, termasuk 15 negara, akan meraikan Hari Raya Aidilfitri pada Ahad.

Hari Raya Aidilfitri  bermula pada hari Ahad, 24 Mei, dan akan berlangsung selama 3 hari.



Berita Terkait