535 Warganegara Turki di Luar Negara Meninggal Akibat Covid-19

Menteri Luar Turki, Mevlüt Çavuşoğlu melaporkan bahawa 535 warganegara Turki yang tinggal di luar negara telah kehilangan nyawa kerana wabak jenis baru coronavirus (Covid-19).

1419642

Menteri Çavuşoğlu membuat kenyataan kepada saluran TV yang disiarkan dari Antalya.

Çavuşoğlu menekankan bahawa Turki adalah sebuah negara yang kuat, "135 negara di dunia meminta bekalan perubatan dari kita. Sebilangan permintaan bantuan dan sebahagian permintaan pembelian. Kami telah memenuhi beberapa permintaan 81 negara dan sekarang kami sedang mengkaji 'bagaimana kita dapat menolong yang lain,'' katanya.

Menteri Çavuşoğlu menyatakan bahawa ada juga warga Turki yang kehilangan nyawa mereka di luar negeri,

"535 warganegara kami yang tinggal di luar negara telah kehilangan nyawa mereka sehingga hari ini. Kami juga telah membawa 438 jenazah ke negara kami." Katanya.

Berita Terkait