Resipi Masakan Turki (Çerkes Tavuğu)

Dalam program ini, kami memberikan maklumat ringkas tentang budaya makanan Turki dan resipi dari masakan Turki.

1272811
Resipi Masakan Turki (Çerkes Tavuğu)

 

Jika kita katakan bahawa Masakan Turki adalah salah satu dari beberapa masakan di dunia, tidaklah salah. Kerana dalam masakan Turki terdapat banyak pengaruh dari Asia Tengah hingga ke Balkan. Proses yang bermula dengan penghijrahan Turki dari Asia Tengah ke Anatolia, telah mencipta pelbagai citarasa dan hidangan yang berbeza ketika Empayar Uthmaniyyah memperluas sempadannya ke Timur Tengah dan Balkan. Atas sebab ini, masakan Turki sangat kaya dari segi ramuan dan kaedah memasak. Bangsa dan suku bangsa yang bermigrasi ke Anatolia membawa budaya makanan dan minuman mereka sendiri dan berkontribusi kepada pengayaan masakan Turki. Hari ini kami akan berkongsi resepi ''Çerkes Tavuğu'' atau ''Ayam Circassian'', makanan yang Circassians, masakan suku kaum Kaukasia yang dibawa ke masakan Turki. Jika anda ingin tahu tentang hidangan ayam yang lazat ini, yang biasanya dimakan sejuk, sebagai pembuka atau sebagai appetizer, mari kita tengok resipinya..

Marilah kita terlebih dahulu mengira bahan yang diperlukan untuk membuat Çerkes Tavuğu;

Untuk merebus ayam;

1 ekor ayam

1 bawang besar

1 lobak merah

5-6 batang pasli

1 tangkai seledri

garam

lada hitam

 

Untuk membuat Çerkez Tavuğu;

250 gram walnut

4-5 keping roti

2 ulas bawang putih

1 sudu teh chili merah bubuk

2 cawan air kaldu ayam

 

Sudah waktunya untuk menyiapkan makanan ini. Pertama rebus ayam bersama bawang, lobak merah, pasli, seledri, garam dan lada sehingga lembut. Keluarkan ayam rebus dari air, apabila ia sejuk, pisahkan dari kulit dan tulangnya dan dengan tangan bahagikan ke dalam kepingan kecil. Sementara itu, hancurkan walnut. Masukkan roti ke dalam air rebusan ayam sehingga lembut, peras dan masukkan ke dalam mangkuk berisi walnut. Kacau sehingga campuran halus dan tambahkan bawang putih serta garam. Tambahkan 1 ¼ cawan kaldu ayam panas. Letakkan ayam yang telah menjadi kepingan kecil ke pinggan saji dan tambahkan campuran walnut di atasnya kemudian kacau sehingga tercampur rata. Rapikan campuran ayam dengan bahagian belakang sudu. Hiaskan dengan chili bubuk dan sajikan selagi hangat atau sejuk. Selamat menikmati.

Dalam program resipi masakan-masakan Turki, kali ini kami telah memberikan anda resepi Çerkes Tavuğu, salah satu kelezatan yang penting dalam dapur Turki.

Sampai jumpa dalam program berikutnya dengan kelezatan yang berbeza.



Berita Terkait