Erdoğan:''Republik Turki Dibina Atas Pemahaman Persatuan, Kebersamaan, Persaudaraan dan Perpaduan''

Dalam rangka Hari Ulang Tahun ke-100 Penubuhan Perhimpunan Agung Kebangsaan Turki dan Hari Kedaulatan Negara dan Hari Kanak-Kanak 23 April, Presiden Erdoğan membuat ucapan.

1404268
Erdoğan:''Republik Turki Dibina Atas Pemahaman Persatuan, Kebersamaan, Persaudaraan dan Perpaduan''

 


Presiden Turki Recep Tayyip Erdoğan mengatakan bahawa Negara Republik Turki dibina di atas pemahaman persatuan, kebersamaan, persaudaraan dan perpaduan.

Dalam rangka Hari Ulang Tahun ke-100 Penubuhan Perhimpunan Agung Kebangsaan Turki dan Hari Kedaulatan Negara dan Hari Kanak-Kanak 23 April, Presiden Erdoğan membuat ucapan.

Memulakan ucapannya dengan ucapan terima kasih kepada pengasas Republik, Gazi Mustafa Kemal Atatürk dan semua syahid dan veteran, Presiden Erdoğan melanjutkan:

''Tepat satu abad yang lalu, Perhimpunan Agung Kebangsaan kita yang dibuka di ibu negara Ankara, pada masa ketika tanah air kita dijajah, ia menjadi pusat perjuangan untuk kebebasan bangsa dan negara kita. Negara Republik Turki dibina di atas pemahaman persatuan, kebersamaan, persaudaraan dan perpaduan. 23 April merupakan simbol demokrasi, kehendak bangsa dan kedaulatan negara yang paling penting. "

Presiden Erdoğan menekankan bahawa nilai yang diberikan oleh negara Turki kepada anak-anak pada tarikh 23 April adalah tanda kepercayaannya kepada golongan muda.

Erdoğan juga mengingatkan bahawa negara Turki dan seluruh dunia Islam akan menunaikan solat tarawih pertama malam ini dan sahur pertama, beliau mengucapkan selamat menyambut Ramadan.

Selain itu, dalam rangka sambutan 23 April tanpa majlis tahun ini disebabkan langkah pencegahan yang diambil terhadap wabak jenis baru coronavirus (Covid-19), seluruh Turki dengan semangat menyanyikan lagu kebangsaan serentak pada pukul 21.00 waktu Turki dari balkoni rumah. Presiden Erdoğan ditemani sekumpulan kanak-kanak dan detik-detik ini disiarkan secara langsung oleh seluruh saluran televisyen.

 



Berita Terkait