Ringkasan Akhbar Turki

Ringkasan Akhbar Turki 15 April 2020

1398568
Ringkasan Akhbar Turki

 

Akhbar Haber Türk: ''Presiden Erdoğan bercakap dengan Perdana Menteri TRNC"

Presiden Turki, Recep Tayyip Erdoğan, mengadakan perbualan telefon semalam dengan Perdana Menteri Republik Turki Cyprus Utara (TRNC) Ersin Tatar. Menurut kenyataan yang dibuat oleh Pejabat Komunikasi, dalam perbualan telefon tersebut, Presiden Erdoğan menyatakan bahawa sokongannya kepada TRNC selama proses perjuangan melawan coronavirus akan berterusan. Hubungan dua hala dan isu-isu serantau juga dibincangkan dalam pertemuan itu.

 

Akhbar Sabah: ''Menteri Luar Turki Çavuşoğlu: ' Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu sangat terlambat untuk menangani isu coronavirus.' "

Menteri Luar Turki Mevlüt Çavuşoğlu menyatakan bahawa Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) sangat terlambat dalam menangani masalah wabak jenis baru coronavirus (Covid-19). Pada panel bertajuk "Apa yang perlu dilakukan hari ini untuk menentukan hari esok?", yang dianjurkan oleh badan pemikir Atlantic Council yang berpusat di Washington DC dengan Yayasan Warisan Turki (THO) dan dijalankan melalui videoconference semalam, Menteri Çavuşoğlu menegaskan bahawa Turki senantiasa berpihak kepada pembaharuan UNSC.

 

Akhbar Vatan: ''NATO mengumumkan: untuk kali pertama digunakan dari Turki''

''Pusat panggilan NATO untuk kali pertama telah digunakan untuk mempermudah penghantaran bantuan dari Turki ke United Kingdom (UK).'' Kata Setiausaha Agung NATO Jens Stoltenberg.

 

Akhbar Hürriyet: ''Turkish Airlines membatalkan semua penerbangan antarabangsa''

Turkish Airlines (THY) telah mengumumkan bahawa ia telah menghentikan semua penerbangan antarabangsa sehingga 20 Mei, 2020. Pengumuman di laman web THY merangkumi maklumat berikut: "Disebabkan wabak global coronavirus (Covid-19), semua penerbangan antarabangsa kami telah dihentikan sehingga 20 Mei 2020, sejajar dengan keputusan yang diambil oleh pihak berkuasa rasmi dan langkah-langkah yang kami ambil demi kesihatan anda."

 



Berita Terkait