Erdoğan: ''Tiada Virus dan Wabak yang Lebih Kuat Daripada Turki''

Presiden Turki, Recep Tayyip Erdoğan mengumumkan bahawa negara mereka mengambil semua langkah terhadap wabak jenis baru coronavirus (Covid-19).

1394039

''Berkat perubahan dan transformasi yang berlaku dalam bidang perkhidmatan asas dalam 18 tahun terakhir, Turki adalah salah satu negara yang paling bersedia dalam menghadapi wabak Covid-19'', Kata Presiden Erdoğan dalam satu kenyataan.

Dalam kenyataannya beliau berkata, "Kami mempunyai tentera kesihatan yang besar, dengan 490 ribu kakitangan kesihatan dan 360 ribu kakitangan sokongan termasuk 165 ribu doktor dan 205 ribu jururawat."

"Tenanglah tiada virus, tiada wabak yang lebih kuat daripada Turki. Kami berada dalam perjuangan nasional menentang coronavirus yang telah menjadi wabak global. Sebagai negara, kami mengambil semua langkah dan menggerakkan kemudahan-kemudahan kami terhadap wabak yang mengancam kesihatan bangsa kami. " Tambahnya.

Berita Terkait