Ringkasan Akhbar Turki

Ringkasan Akhbar Turki 6 April 2020

1391892
Ringkasan Akhbar Turki

 

Akhbar Vatan: "Para saintis Turki merancang peranti yang membunuh coronavirus dalam masa 15 saat"

Profesor Dr. Afif Sıddıki dan pasukannya, yang melakukan penyelidikan kuantum di Maltepe University di Istanbul, telah membuat satu rekaan penting dalam memerangi wabak coronavirus. Membangun tiga peranti berasingan yang membunuh virus Covid-19 dalam 15 saat menggunakan sinar ultraviolet, pasukan sains akan memastikan bahawa peranti pertama yang dihasilkan, digunakan untuk para pegawai penjagaan kesihatan.

 

Akhbar Star: ''Kumpulan pertama ubat-ubatan tempatan yang akan digunakan dalam rawatan coronavirus telah diserahkan ke Kementrian Kesihatan''

Pengerusi Lembaga Abdi Ibrahim, Nezih Barut, mengumumkan bahawa ubat-ubatan yang akan digunakan dalam rawatan pesakit coronavirus telah dihantar ke Kementerian Kesihatan secara percuma. ''Ubat kumpulan pertama 70 ribu kotak. Pada 15 April, kami akan membuat satu lagi pengeluaran, iaitu 90 ribu kotak. Selagi bahan mentah tersedia, kami akan memenuhi kebutuhan Kementrian Kesihatan sebanyak apapun yang ia perlukan, kami akan menghasilkannya dan menyampaikannya kepada mereka.'' Kata Nezih Barut.

 


Akhbar Yeni Şafak: ''Sepanyol berterimakasih atas bantuan-bantuan Turki''

Tak ada satu pun topeng yang dihantar dari negara-negara Eropah ke Sepanyol, yang paling terjejas oleh wabak jenis baru coronavirus (Covid-19), yang berkesan di seluruh dunia. Seperti biasanya Turki tidak mengacuhkan panggilan untuk bantuan, ia menghantar sangat banyak peralatan perubatan ke Sepanyol. Menteri Luar Sepanyol Arancha Gonzalez Laya, mengucapkan terima kasih kepada Turki kerana kemurahan hatinya.

 


Akhbar Hürriyet: ''Turkish Cargo terus terbang untuk dunia yang sihat"

Dengan kelebihan geografinya, armadanya yang kuat dan strategi pertumbuhannya, Turkish Cargo terus membawa produk yang diperlukan oleh dunia. Syarikat kargo pembawa bendera, yang prestasinya meningkat secara berterusan pada tahun-tahun kebelakangan ini, menyumbang kepada kelangsungan hidup dunia dengan produk yang dibawa, terutama makanan, ubat dan produk perubatan. Turkish Cargo menawarkan kecekapan ini kepada perkhidmatan dunia sebagai kuasa paling berharga dalam proses memerangi wabak Covid-19.

 

 

 

 



Berita Terkait