Itali dan Sepanyol Berterima Kasih ke Turki yang Telah Menghantar Bekalan Kesihatan

Wakil-wakil tetap Itali dan Sepanyol ke NATO, mengucapkan terima kasih kepada Angkatan Tentera Turki (TSK)

1389254
Itali dan Sepanyol Berterima Kasih ke Turki yang Telah Menghantar Bekalan Kesihatan

 

Wakil-wakil tetap Itali dan Sepanyol ke NATO, mengucapkan terima kasih kepada Angkatan Tentera Turki (TSK) yang telah menghantar bekalan kesihatan.

Wakil Tetap Itali ke NATO yang berkongsi mesej menerusi akaun Twitter, berkata: ''Selepas pengaktifan Pusat Penyelarasan Bencana Euro-Atlantik, sekutu kami Turki, menghantar bekalan perubatan yang kritikal ke Itali.''

''Kami berterima kasih atas perpaduan sahabat-sahabat Turki kami,'' kata mesej itu. Perkongsian itu juga menggunakan hashtag #WeAreStrongTogether dan #WeAreNATO.

Perwakilan Tetap Sepanyol ke NATO juga berterima kasih kepada Turki dengan mesej ''Kami juga bersama-sama dalam memerangi wabak jenis baru coronavirus (Covid-19).''

Beribu-ribu bahan bantuan perubatan yang boleh melindungi dari virus, seperti topeng dan pakaian, cairan antibakteria, yang dihasilkan dengan kemudahan domestik dan nasional di kilang-kilang tentera Kementerian Pertahanan Nasional (MSB), rumah jahit dan Mekanikal dan Kimia Industri Corporation, telah dimuatkan ke dalam pesawat kargo tentera di Lapangan Terbang Tentera Etimesgut Ankara.

Di atas pakej-pakej berisi bahan-bahan yang dihantar, tertulis kata-kata milik Maulana Jalalu-'d-din Muhammad Rumi, ''Terdapat banyak harapan di balik keputusasaan. Ada banyak matahari selepas kegelapan." dan juga menghantar salam untuk rakyat Itali dan Sepanyol.''

 

 



Berita Terkait