Dua Tentera Turki Mati Syahid dan Dua Lainnya Cedera di Utara Iraq

Sedangkan dalam operasi udara yang dijalankan ke atas 4 sasaran milik pengganas, 8 pengganas PKK telah dineutralkan.

1385160
Dua Tentera Turki Mati Syahid dan Dua Lainnya Cedera di Utara Iraq

 

Di utara Iraq, dua tentera Turki mati shayid dan dua tentera lainnya cedera akibat tembakan mortar yang dilakukan oleh ahli-ahli organisasi pengganas pemisah PKK.

Sedangkan dalam operasi udara yang dijalankan ke atas 4 sasaran milik pengganas, 8 pengganas PKK telah dineutralkan.

Kementrian Pertahanan Nasional Turki membuat satu kenyataan mengenai isu tersebut.

''Serangan udara telah dianjurkan ke atas 4 sasaran milik para pengganas, yang telah melakukan penembakan ke atas elemen-elemen kami di wilayah Haftanin di utara Iraq, dan telah mengakibatkan dua tentera kami terbunuh. Lapan pengganas PKK telah dineutralkan.'' Kata Kementrian.

 



Berita Terkait