Jerman: ''Turki Menanggung Beban Berat dengan Lebih Daripada 4 Juta Pelarian''

Menteri Jerman, Heiko Maas membuat kenyataan kepada akhbar selepas pertemuan dengan menteri-menteri luar negara-negara Kesatuan Eropah (EU) melalui persidangan video.

1383660
Jerman: ''Turki Menanggung Beban Berat dengan Lebih Daripada 4 Juta Pelarian''

 

Menteri Luar Jerman Heiko Maas, berkata bahawa Turki tidak boleh dibiarkan bersendirian dengan jumlah besar pencari suaka.

Menteri Jerman, Heiko Maas membuat kenyataan kepada akhbar selepas pertemuan dengan menteri-menteri luar negara-negara Kesatuan Eropah (EU) melalui persidangan video.

Mengulangi bahawa Turki menanggung beban yang berat dengan lebih daripada 4 juta pelarian, Menteri Jerman Maas mengingatkan bahawa Kesatuan Eropah dan Turki telah membuat satu persetujuan pada tahun (2015).

Maas berkata bahawa pada masa ini sedang ada perbincangan dengan pihak berkuasa Turki dengan tujuan untuk menyelesaikan perselisihan antara Turki dengan EU dalam persetujuan ini.

Maas menegaskan perlunya memastikan bahawa pihak-pihak mematuhi komitmen,

"Kami bersedia untuk ini. Kami juga menerima bahawa Turki tidak akan ditinggalkan bersendirian dengan bilangan besar pencari suaka terutamanya yang datang dari Syria.’’ Ungkapnya.

 



Berita Terkait