Ringkasan Akhbar Turki

Ringkasan Akhbar Turki 17 Mac 2020

1379436
Ringkasan Akhbar Turki

 

Akhbar Vatan: ''Fahrettin Altun: Kami berada dalam tekad yang kuat''

Kepala Komunikasi Turki Fahrettin Altun berkata, "Kami berada dalam tekad penuh untuk melindungi semua warganegara kita daripada penyakit, termasuk yang berisiko tinggi.'' ''Turki berjaya memperlambat penyebaran Covid-19 dengan mengambil langkah-langkah pencegahan seperti menghentikan beberapa penerbangan antarabangsa dan membuat peralihan kepada pendidikan jarak jauh.'' Kata Fahrettin Altun dalam bahasa Inggeris menerusi akaun Twitter.

 

Akhbar Sabah: ''Jurucakap Parti AK Çelik membuat kenyataan mengenai coronavirus''

Jurucakap Parti Keadilan dan Pembangunan (Parti AK) Ömer Çelik, membuat kenyataan mengenai isu coronavirus semalam. ''Melaksanakan langkah-langkah menentang virus adalah menjadi tanggungjawab kita terhadap kehidupan, negara kami dan seluruh kemanusiaan. Penjagaan yang kita berikan kepada kehidupan orang terdekat kita, memberi kesan kepada semua orang. Kita harus melewati ujian ini dengan menerapkan langkah-langkah.'' Katanya.

 

Akhbar Star: ''Drone Bayraktar TB2 mengudara di Ukraine''

Kenderaan udara tanpa pemandu (Drone) jenis Bayraktar TB2 yang dibeli Ukraine dari Turki, telah menjalankan penerbangan ujian kompleks. ''Kami dengan cepat menerbangkan Bayraktar ke udara dan kami memulakan latihan tempur.'' Kata Kementrian Pertahanan Ukraine dalam satu kenyataan bertulis.

 

Akhbar Hürriyet: ''Menteri Albayrak mengumumkan peta jalan coronavirus''

Menteri Perbendaharaan dan Kewangan Turki, Berat Albayrak, mengumumkan bahawa beliau telah bersedia untuk menghadapi kesan wabak coronavirus. Menerusi akaun Twitter, Menteri Albayrak mengumumkan peta jalan yang disediakan terhadap segala kemungkinan senario. Menteri Albayrak menyatakan bahawa perlindungan pasar buruh merupakan keutamaan pertama untuk mencegah terganggunya pengeluaran dan pekerjaan, ''Langkah-langkah telah diambil dan akan diambil dengan cara yang tidak akan menjadi gangguan seketika dalam akses pasaran kepada kecairan." Katanya.

 



Berita Terkait