Erdoğan: ''Delegasi Rusia akan Datang ke Turki Esok Hari''

Presiden Erdoğan membuat kenyataan kepada wartawan di Lapangan Terbang Ankara Esenboğa sebelum lawatannya ke Azerbaijan.

1365842
Erdoğan: ''Delegasi Rusia akan Datang ke Turki Esok Hari''

 

Presiden Turki, Recep Tayyip Erdoğan berkata bahawa delegasi Rusia akan datang ke Turki esok hari untuk mengadakan perbincangan Idlib.

Presiden Erdoğan membuat kenyataan kepada wartawan di Lapangan Terbang Ankara Esenboğa sebelum lawatannya ke Azerbaijan.

Presiden Erdoğan menekankan bahawa antara Turki dan Rusia adalah satu proses, baik di Idlib maupun di Libya,

‘’Terutamanya kami perlu menyelesaikan masalah Idlib. Saya membincangkan ini dengan Presiden Rusia Vladimir Putin di peringkat tertinggi, begitu juga menteri-menteri dan perisikan kami sedang berunding." Katanya.

Menyatakan bahawa Rusia menyokong pasukan rejim di Syria,

"Kami mempunyai penentuan ini, walaupun mereka menafikannya, kita telah mengenal pasti." Kata Presiden Erdoğan.

Presiden Erdoğan juga menyinggung kemuncak empat pihak yang akan dihadiri oleh Presiden Rusia Vladimir Putin, Presiden Perancis Emmanuel Macron dan Canselor Jerman Angela Merkel.

"Perwakilan dari Rusia akan datang ke negara kita esok hari. Tiada pakatan antara Macron dan Merkel serta Putin mengenai perbincangan hujung minggu ini. Setidaknya kami boleh mengadakan pertemuan pada 5 Mac, tarikh yang telah kita tetapkan dengan Putin. Selain perbualan telefon, kita akan mengadakan perbincangan bersemuka. Ia boleh diadakan di Istanbul atau Ankara.’’ Katanya.

Presiden Erdoğan menyatakan bahawa beliau telah mengadakan rundingan dengan Rusia mengenai Libya.

Presiden Erdoğan juga menambah bahawa dua orang tentera mati syahid terbunuh di Libya.


 



Berita Terkait