AS: ''Kami Sedang Bekerjasama Dengan Turki Untuk Melihat Apa yang Boleh Kita Lakukan di Idlib''

Mike Pompeo membuat penilaian mengenai agenda pada sidang akhbar di Washington.

1366518
AS: ''Kami Sedang Bekerjasama Dengan Turki Untuk Melihat Apa yang Boleh Kita Lakukan di Idlib''

 

Mengenai isu wilayah Idlib, Syria, Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) Mike Pompeo mengatakan,

"Kami sedang berusaha bersama-sama dengan Turki untuk melihat apa yang boleh kita lakukan."

Mike Pompeo membuat penilaian mengenai agenda pada sidang akhbar di Washington.

Merujuk kepada perkembangan di Idlib, Pompeo menyatakan bahawa rejim Assad tidak dapat mencapai kemenangan ketenteraan di sini.

‘’Serangan-serangan yang dianjurkan rejim semakin meningkatkan risiko konflik dengan sekutu NATO kami, Turki. Jawapannya adalah gencatan senjata kekal dan rundingan yang dipimpin oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) selaras dengan Resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) pasal 2254. Seperti yang dinyatakan oleh Presiden Donald Trump pada hari Selasa, kami sedang bekerjasama dengan Turki untuk melihat apa yang boleh kita lakukan di sana.'' Katanya.

 

 



Berita Terkait