Ringkasan Akhbar Turki

Ringkasan Akhbar Turki 25 Februari 2020

1365886
Ringkasan Akhbar Turki

 

Akhbar Star: ''Menteri Luar Libya: ''Turki berada di negara kami bagi melindungi orang-orang awam''

Menteri Luar Kerajaan Perpaduan Negara Libya (GNA), Mohamed Taher Siala, menekankan bahawa Turki berada di negaranya bagi melindungi orang-orang awam di ibu negara Tripoli, ''Jika tak ada Turki, kami tidak mungkin berada pada kedudukan semasa. Kehadiran Turki di Libya, menyediakan kestabilan di lapangan." Katanya.

 

Akhbar Yeni Şafak: ''Pelancongan memulakan tahun 2020 dengan memecah rekod''

Turki yang menutup tahun 2019 dengan rekod dalam pelancongan, memulakan tahun baru dengan pantas dan pada bulan Januari mencapai bilangan tertinggi pelawat asing sepanjang zaman. Pada bulan pertama tahun ini, 1 juta 787 ribu 435 warga asing melawat Turki. Berbanding dengan bulan yang sama tahun sebelumnya, bilangan pelawat asing meningkat sebanyak 16.11 peratus.

 

Ahkbar Hürriyet: ''Pelancongan Turki akan lebih baik pada tahun-tahun mendatang"

Gunter Ihlau, Naib Presiden Pertubuhan Pelancongan Dunia, mengatakan bahawa pelancongan Turki akan menjadi lebih baik pada tahun-tahun akan datang. Ihlau berkata bahawa Turki sangat berkembang pesat dalam bidang pelancongan dalam 20 tahun terakhir. Ihlau menyampaikan bahawa Turki yang mempunyai perpaduan matahari, laut dan sejarah semula jadi, tidak ada tandingannya di dunia.

 

Akhbar Haber Türk: ''Perkembangan yang menarik, penyelesaian untuk coronavirus boleh berasal dari Turki''

Pakar saintis Turki, Profesor Doctor İbrahim Benter, berkata beliau boleh menghalang wabak jenis baru coronavirus (Covid-19), yang bermula di China dan berkesan di seluruh dunia dalam masa yang singkat, dengan sistem yang dikenali sebagai 'ACE2 / Angiotensin- (1-7). Benter menyatakan bahawa kaedah yang mereka dapati sekarang adalah kaedah yang paling berkesan yang dapat membantu pesakit-pesakit ini.  Benter menekankan kajiannya akan menjadi jelas tidak lama lagi, "Saya fikir penyelesaian untuk coronavirus boleh berasal dari Turki." Katanya.

 

 



Berita Terkait