Hari Kedua Lawatan Presiden Erdoğan di Pakistan

Presiden Erdoğan dan Imran Khan akan bercakap di hadapan kamera pada sidang media bersama.

Hari Kedua Lawatan Presiden Erdoğan di Pakistan

 

Presiden Turki Recep Tayyip Erdoğan berkata bahawa Turki akan terus menyokong Pakistan dalam memerangi keganasan.

Erdoğan bercakap pada sesi bersama Perhimpunan Nasional dan Senat Pakistan pada hari kedua lawatannya di Pakistan.

''Kami tidak melupakan bantuan-bantuan yang dihantar Pakistan semasa Perang Kemerdekaan. Kini Kashmir juga bermakna seperti itu bagi kami.'' Kata Erdoğan.

''Sementara mereka yang mengkritik (Operasi Peace Spring) bergerak untuk menyelamatkan para pengganas, Pakistan berpihak kepada Turki berjuang menghadapinya.'' Katanya.

Presiden Erdoğan menyatakan bahawa Turki akan menyokong Pakistan, yang akan menghadapi tekanan politik dalam mesyuarat-mesyuarat Pasukan Petugas Tindakan Kewangan, "Kami akan terus menyokong Pakistan dalam memerangi keganasan." Katanya.

Presiden Erdoğan juga mengevaluasi perkembangan mengenai Idlib, Syria.

''Tujuan langkah yang telah kami ambil dalam beberapa hari terakhir mengenai Idlib adalah untuk menghalang 4 juta orang yang tertindas daripada mati akibat bom tong rejim." Katanya.

''Di mana-mana, di mana terdapat konflik, dari Libya ke Yaman, sasaran Turki adalah menghentikan tumpah darah, kemusnahan, penindasan dan air mata.'' Katanya.

Mengkritik rancangan perdamaian Timur Tengah Amerika Syarikat (AS), Presiden Erdoğan berkata; ''Langkah yang diambil (terkait Yerusalem) oleh (Presiden AS) Encik Donald Trump dan (Perdana Menteri Israel Benjamin) Netanyahu, rancangan yang disebut ''rancangan perdamaian abad ini'', adalah sebuah projek pendudukan.''

Dalam ucapannya Presiden Erdoğan juga menyinggung isu Kashmir, beliau menyatakan bahawa Turki berpihak pada penyelesaian melalui dialog untuk keadilan dan keamanan dalam isu Kashmir.

''Masalah Kashmir dapat diselesaikan bukan dengan pertempuran atau penindasan, tetapi berdasarkan keadilan dan kebenaran." Katanya.

Presiden Erdoğan juga akan menghadiri Forum Perniagaan Turki-Pakistan dalam skop lawatannya di Pakistan.

Selepas itu, beliau akan bertemu dengan Perdana Menteri Pakistan Imran Khan.

Dalam Mesyuarat Majlis Kerjasama Strategik Peringkat Tinggi,  hubungan dua hala antara Turki dan Pakistan akan dikaji semula dalam semua dimensi, langkah-langkah yang boleh diambil untuk meningkatkan kerjasama akan dibincangkan.

Presiden Erdoğan dan Imran Khan akan bercakap di hadapan kamera pada sidang media bersama.

 

 

 

 



Berita Terkait