Ringkasan Akhbar Turki

Ringkasan Akhbar Turki 14 Februari 2020

Ringkasan Akhbar Turki

 

Akhbar Star: ''Di Makedonia Utara, ''pemimpin dunia paling digemari'' adalah Presiden Erdoğan''

Presiden Recep Tayyip Erdoğan menduduki tempat pertama dalam senarai "pemimpin dunia yang paling digemari", menurut hasil kajian yang dilakukan di Makedonia Utara. 60 peratus daripada responden menyatakan pendapat positif mengenai Presiden Erdoğan.

 


Akhbar Yeni Şafak: ''Menteri Pertahanan Nasional Turki Akar: Kami menghantar tentera tambahan, kami akan memeriksa kawasan"

Di Brussels, ibukota Belgium, di mana beliau pergi untuk mesyuarat NATO, mengenai serangan-serangan di Idlib, Syria, Menteri Pertahanan Nasional Turki Hulusi Akar berkata, ''Kami sedang menghantar tentera tambahan untuk memastikan dan mengekalkan gencatan senjata di Idlib, kita akan memeriksa kawasan itu. Di Idlib, semua tindakan pencegahan akan diambil terhadap mereka yang tidak mematuhi gencatan senjata, termasuk tindakan radikal."

 

Akhbar Sabah: ''Pengeluaran industri mancapai rekod 21 bulan''

Menteri Industri dan Teknologi, Mustafa Varank menyatakan bahawa pada bulan Disember, pengeluaran industri tahunan meningkat sebanyak 8.6 peratus, "Kami mencapai rekod 21 bulan! Kami menumpu untuk menjadikan prestasi ini kekal dan berkembang di bawah kepimpinan pengeluaran. Kami sedang menjalankan kajian untuk satu tahun di mana pertumbuhan semakin pesat, sektor sebenar semakin kukuh dan lowongan pekerjaan semakin meningkat.'' Katanya.

 

Akhbar Vatan: ''Stroller bayi percuma di Lapangan Terbang Istanbul''

Stroller bayi, yang ditempatkan di terminal kedatangan dan keberangkatan domestik dan antarabangsa di Lapangan Terbang Istanbul telah disediakan untuk para keluarga dengan kanak-kanak berusia 0-6 tahun. Stroller bayi, telah dimasukkan ke dalam perkhidmatan secara percuma.

 



Berita Terkait