Presiden Erdoğan: ''Tiada Siapa Menyesal Melabur di Turki''

Presiden Erdoğan, yang pergi ke Pakistan semalam untuk lawatan rasmi, menghadiri Forum Perniagaan Turki-Pakistan.

Presiden Erdoğan: ''Tiada Siapa Menyesal Melabur di Turki''

 

Presiden Turki, Recep Tayyip Erdoğan berkata bahawa tidak ada orang yang menyesal melabur di Turki.

Presiden Erdoğan, yang pergi ke Pakistan semalam untuk lawatan rasmi, menghadiri Forum Perniagaan Turki-Pakistan.

Dalam ucapannya di sini, Presiden Erdoğan berkata bahawa mereka mahu meningkatkan perdagangan dengan Pakistan melebihi satu bilion dolar dan kemudian meningkatkannya ke sasaran sebanyak 5 bilion dolar.

Presiden Erdoğan menjelaskan bahawa pelaburan langsung Turki di Pakistan hari ini mencapai 500 juta dolar,

"Setakat ini, mereka yang percaya kepada negara kita, tiada siapa yang pernah menyesal melabur di Turki." Katanya.

Presiden Erdoğan menyatakan bahawa rakyat Pakistan lebih suka negara-negara Barat untuk rawatan,

"Turki, telah mencapai kemajuan besar dalam infrastruktur kesihatan. Baik perkhidmatan maupun harga, Turki lebih maju daripada negara-negara di Barat. Untuk rawatan saudara Pakistan kami, laluan baharu itu mestilah Turki, yang menyediakan perkhidmatan rawatan pada harga yang lebih berpatutan.’’ Katanya.

 



Berita Terkait