Wabak Coronavirus, Turki Keluarkan Amaran Lawat China

Kementerian Luar Turki menasihatkan warganegaranya untuk tidak pergi ke China kecuali jika mendesak.

1348640
Wabak Coronavirus, Turki Keluarkan Amaran Lawat China

 

Kementerian Luar Turki menasihatkan warganegaranya untuk tidak pergi ke China kecuali jika mendesak.

Kenyataan yang dibuat oleh Kementerian itu menegaskan bahawa coronavirus baru (2019-nCoV), yang menyebabkan radang paru-paru di bandar Wuhan, wilayah Hubei, China, telah menimbulkan ancaman kepada kesihatan awam di seluruh negara.

Kementrian berkata bahawa bilangan kes yang berkaitan dengan epidemik coronavirus cenderung meningkat.

‘’Adalah amat disyorkan warganegara kita untuk tidak pergi ke China jika tidak mendesak dan jika mereka pergi ke China, mereka harus menjauhkan diri dari kawasan di mana kes-kesnya intensif, terutama di wilayah Hubei.’’ Kata Kementrian.

Kementrian Luar Turki menekankan bahawa warga Turki yang menetap di China dan yang perlu pergi ke bahagian lain di China wajib mematuhi langkah berjaga-jaga. Warga Turki diminta untuk memantau dengan teliti penjelasan dan amaran-amaran dari Kedutaan Besar Turki di Beijing, dan Konsulat-Konsulat Jeneral di Hong Kong, Shanghai dan Guangzhou serta Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Dalam kenyataan itu, warga Turki diingatkan bahawa dalam keadaan kecemasan mereka boleh menghubungi Pusat Panggilan Konsulat 24/7 +90 312 292 29 29, Kedutaan Besar Beijing +86 152 01 30 94 12, Konsulat Jeneral Hong Kong +85 296 17 07 22, Konsulat Jeneral Shanghai + 86 159 21 03 69, Konsulat Jeneral Guangzhou di +86 181 27 83 49 07.

 



Berita Terkait