Turki Terima Ramai Ucapan Takziah Selepas Gempa Bumi Elazığ

Selepas gempa bumi berukuran 6.8 magnitud yang melanda wilayah Sivicre, Provinsi Elaziğ, di timur Turki pada pukul 20.55 waktu Turki, Turki menerima ucapan takziah dan mesej dari banyak negara.

Turki Terima Ramai Ucapan Takziah Selepas Gempa Bumi Elazığ

 

Selepas gempa bumi berukuran 6.8 magnitud yang melanda wilayah Sivicre, Provinsi Elaziğ, di timur Turki pada pukul 20.55 waktu Turki, Turki menerima ucapan takziah dan mesej dari banyak negara.

Presiden Republik Turki Cyprus Utara (TRNC) Mustafa Akıncı,dalam mesejnya menyatakan bahawa beliau berduka atas bencana gempa bumi yang melanda provinsi Elazığ di timur Turki.

Perdana Menteri Greece, Kyriakos Mitsotakis juga berkongsi mesej menerusi akaun Twitter, ‘’Selepas gempa bumi dahsyat yang melanda Turki, kami dalam perpaduan dengan Presiden Erdoğan dan rakyat Turki. Pasukan mencari dan menyelamat kami bersedia untuk membantu.’’ Katanya.

Menteri Luar Greece Nikos Dendias juga menyampaikan takziah ke rakan sejawatnya Mevlüt Çavuşoğlu dan menyatakan bahawa mereka bersedia membantu.

Mesej takziah lainnya juga datang dari Presiden Kosovo Hashim Thaci, Ahli Bosniak Majlis Kepresidenan Bosnia dan Herzegovina Sefik Dzaferovic, Presiden Macedonian Utara Stevo Pendarovski, Perdana Menteri Albania Edi Rama, Parlimen AND yang dibentuk oleh kerajaan Mexico, Bolivia, Ecuador, Colombia, Peru dan Chile, Perwakilan Tinggi Hubungan Luar Negeri dan Dasar Keselamatan Kesatuan Eropah (EU) Josep Borrell, Delegasi Kesatuan Eropah (EU ) ke Turki.

Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Wan Azizah Wan Ismail juga menyatakan kesedihannya yang mendalam atas bencana gempa bumi 6.8 magnitud yang berlaku di Elazığ malam tadi,

"Rakyat Malaysia, senantiasa ada untuk rakyat Turki dalam masa yang sukar ini dan bersedia untuk membantu dalam apa jua cara." Katanya.

Presiden Rusia Vladimir Putin juga menghantar mesej ucapan takziah kepada Presiden Recep Tayyip Erdoğan akibat gempa bumi di Elazığ.
"Rusia juga merasakan kepedihan dan kesedihan mereka yang kehilangan orang-orang yang disayangi akibat bencana ini, dengan harapan semua mangsa cedera akan sembuh secepat mungkin." Kata Putin.

Perdana Menteri Kanada Justin Trudeau berkongsi tentang gempa bumi di Elazığ menerusi media sosial Twitter,

"Hati kami bersama semua orang yang cedera dan yang kehilangan orang yang tersayang dalam gempa bumi hari ini. Kami di sini berdoa untuk anda semua.’’ Katanya.

Menerusi akaun Twitter, Menteri Luar Negeri Ukraine Vadim Pristayko berkata;

"Ukraine ada di sisi Turki dalam masa yang menyedihkan ini dan kami berdoa untuk rakyat Turki."

Menteri Luar Romania Bogdan Aurescu menerusi akaun Twitter menyatakan kesedihannya yang mendalam atas korban jiwa dan menyampaikan takziahnya.

Ahmad Isa Avad, Menteri Luar Negeri dan Kerjasama Antarabangsa Somalia, bercakap dengan Menteri Luar Turki Mevlüt Çavuşoğlu melalui telefon.

"Kami mengucapkan takziah kepada mereka yang kehilangan nyawa mereka, dan kami berharap penyembuhan segera kepada mereka yang cedera. Doa kami senantiasa untuk rakyat Turki, yang sentiasa bersama rakyat Somalia pada hari-hari yang sukar." Katanya.

Presiden Azerbaijan, Ilham Aliyev juga menghantar mesej ucapan takziah kepada Presiden Erdoğan, beliau mengatakan bahawa mereka bersedia untuk apa-apa jenis sokongan.

Presiden Kazakhstan Kasım Cömert Tokayev juga menyatakan ucapan takziahnya.

Perdana Menteri Pakistan Imran Khan, dalam mesejnya berkata, "Kami bersama Turki dalam masa yang sukar ini."

 



Berita Terkait