Turki: ''Jika Haftar Terus Bersikap Demikian, maka Persidangan Berlin Tak akan Bermakna''

Kementerian Luar Rusia mengumumkan bahawa General Khalifa Haftar, telah meninggalkan Moscow tanpa menandatangani perjanjian gencatan senjata di Libya yang dipersoalkan.

Turki: ''Jika Haftar Terus Bersikap Demikian, maka Persidangan Berlin Tak akan Bermakna''

 

Menteri Luar Turki, Mevlüt Çavuşoğlu, menyatakan bahawa jika Haftar terus tidak menandatangani perjanjian gencatan senjata yang telah dicapai di Libya, maka Persidangan Berlin tidak akan bermakna.

General Khaftar yang memimpin pasukan anti-Turki di Libya, meninggalkan Rusia tanpa menandatangani perjanjian gencatan senjata.

Menteri Luar Turki, Mevlüt Çavuşoğlu membuat kenyataan terkait isu tersebut.

‘’Jika Haftar terus bersikap demikian, Persidangan Berlin tidak akan bermakna’’ Kata Menteri Turki Çavuşoğlu.

‘’Teks tersebut telah selesai. Semasa penandatanganan, Rusia berkata ‘’Haftar menginginkan masa sehingga pagi’’. Pada masa ini mereka tidak akan menandatanganinya’'. Tambahnya.

‘’Kami (Turki), di bawah kepemimpinan Presiden kami, telah memenuhi tanggungjawab kami untuk gencatan senjata dan keamanan di Libya, setelah ini kami juga tetap akan melakukannya. Tetapi sekarang kita melihat bahawa sudah muncul jelas siapa yang menginginkan perdamaian dan siapa yang menginginkan perang di Libya, siapa yang mahukan kebersamaan dan siapa yang tidak menginginkannya.’’ Kata Çavuşoğlu.

Kementerian Luar Rusia mengumumkan bahawa General Khalifa Haftar, telah meninggalkan Moscow tanpa menandatangani perjanjian gencatan senjata di Libya yang dipersoalkan.

 



Berita Terkait