Ringkasan Akhbar Turki

Ringkasan Akhbar Turki 14 Januari 2020

Ringkasan Akhbar Turki

 

Akhbar Vatan: ''Presiden Erdoğan akan pergi ke Jerman''

Presiden Turki, Recep Tayyip Erdoğan, akan pergi ke Berlin, ibu negara Jerman, pada 19 Januari untuk menghadiri ''Persidangan Berlin''. Gencatan senjata di Libya selepas inisiatif Turki dan perkembangan yang berlaku di Mediterranean Timur akan menjadi agenda utama persidangan tersebut. Negara-negara peserta persidangan, akan bertukar pandangan mengenai gencatan senjata dan mencari penyelesaian politik terhadap krisis di Libya.

 

Akhbar Haber Türk: ''Istanbul Canal menarik perhatian negara-negara asing''

Menteri Pengangkutan dan Infrastruktur Turki, Cahit Turhan, mengatakan bahawa jumlah minimum tahunan yang akan diterima daripada kapal-kapal yang akan melalui Istanbul Canal adalah sekitar 1 bilion dolar. Menyatakan bahawa syarikat Belanda, Belgium dan Perancis berminat dalam Projek  Istanbul Canal, Turhan menerangkan mengapa Istanbul Canal diperlukan. Turhan berkata bahawa Bosphorus adalah laluan air yang digunakan dalam pengangkutan maritim antarabangsa dan terdedah kepada lalu lintas laut yang sibuk.

 

Akhbar Yeni Şafak: ''Lebihan semasa 12 bulan ialah 2 bilion 725 juta dolar"

Walaupun akaun semasa mengalami defisit sebanyak 518 juta dolar pada November 2019, lebihan akaun semasa 12 bulan adalah 2 bilion 725 juta dolar dengan data terkini. Pendapatan bersih daripada  perjalanan meningkat sebanyak 177 juta dolar berbanding November 2018 dan mencapai 1 bilion 414 juta dolar.

 

Akhbar Star: ''Menteri Perdagangan Turki Ruhsar Pekcan adakan lawatan ke Afrika''

Menteri Perdagangan Turki Ruhsar Pekcan akan membuka pintu peluang kerjasama baru dengan mengadakan lawatan ke Nigeria hari ini bersama delegasinya. Lawatan Menteri Pekcan ke Abuja, ibu negara Nigeria, didampingi oleh ahli-ahli perniagaan Turki yang terlibat dalam perdagangan dan pelaburan dengan negara-negara Afrika. Selepas mengadakan pertemuan dan mesyuarat di Nigeria, Menteri Pekcan akan bertolak ke Rabat, ibu negara Morocco, untuk menghadiri Forum Pelaburan dan Persekitaran Perniagaan Turki-Morocco dan Mesyuarat Jawatankuasa Bersama Morocco-Turki pada 15 Januari.

 

 



Berita Terkait