Turki Neutralkan Dua Pengganas PKK di Utara Iraq

Kementrian Pertahanan Nasional Turki menekankan bahawa operasi-operasi akan diteruskan tanpa jeda.

1336145
Turki Neutralkan Dua Pengganas PKK di Utara Iraq
tsk pkk magara.jpg

 

Di utara Iraq, dua pengganas PKK telah dineutralkan dengan operasi yang disokong oleh udara.

"Dua pengganas PKK yang dikenalpasti di pintu masuk sebuah gua di wilayah Gara di utara Iraq, telah dineutralkan oleh operasi yang disokong oleh udara." Kata kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pertahanan Nasional Turki.

Kenyataan itu menekankan bahawa operasi akan diteruskan tanpa jeda.

Selain itu, seorang pengganas yang melarikan diri dari kem-kem organisasi pengganas PKK di utara Iraq juga telah menyerahkan diri kepada pasukan keselamatan di Pintu Sempadan Habur berhampiran daerah Silopi di Şırnak-Turki.

 



Berita Terkait