Libya Mengalu-alukan Keputusan Parlimen Turki

Menteri Luar GNA Mohamed at-Tahir Siala juga telah mengadakan perbualan telefon dengan Menteri Luar Turki Mevlüt Çavuşoğlu.

1334098
Libya Mengalu-alukan Keputusan Parlimen Turki

 

Majlis Negeri Libya mengalu-alukan keputusan parlimen Turki (TBMM) meluluskan penempatan tentera di Libya.

Dalam satu kenyataan bertulis, Majlis mengingatkan bahawa Kerajaan Kesepakatan Nasional Libya (GNA), yang diiktiraf di peringkat antarabangsa telah meminta bantuan ke Turki dalam rangka menentang musuh-musuh asing dan milisi-milisi mereka yang menyokong rampasan kuasa di negara yang sah.

"Negara-negara seperti Emiriah Arab Bersatu, Mesir, Rusia dan Perancis sebenarnya menyokong penjenayah perang Khalifa Haftar yang berpusat di Libya Timur, walaupun tentera Khalifa Haftar telah membunuh dan menyeksa rakyat kami. Inilah yang mendorong kami untuk mendapatkan sokongan sah dari rakan Turki kami. Kami mengalu-alukan keputusan parlimen Turki (TBMM) meluluskan penempatan tentera di Libya." Kata majlis itu.

Kenyataan itu juga menegaskan bahawa mereka bersedih atas keadaan di negara akibat apa yang dilakukan oleh Jeneral Khalifa Haftar pelaku rampasan kuasa di timur Libya.

Majlis Negeri Libya adalah badan eksekutif dan penasihat yang dibentuk sebagai sebahagian daripada Perjanjian Politik Libya yang ditandatangani pada 17 Disember 2015 di Skhirat, Maghribi, untuk mengakhiri perang saudara di negara ini di bawah bimbingan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

Khalid al-Mishri mengetuai Majlis Tertinggi Negeri, yang mempunyai 145 ahli dari pelbagai suku, identiti etnik dan wilayah.

Sementara itu, Menteri Luar GNA Mohamed at-Tahir Siala juga telah mengadakan perbualan telefon dengan Menteri Luar Turki Mevlüt Çavuşoğlu.

Dalam perbualan tersebut Menteri Libya Siala menyampaikan terima kasih kepada Menteri Turki Çavuşoğlu atas sokongan Turki dan Parlimen Turki yang telah meluluskan penempatan tentera di Libya.

 



Berita Terkait