Empat Pengganas PKK/KCK Menyerahkan Diri ke Pasukan Keselamatan Turki

Pada tahun 2019, bilangan pengganas yang berlindung di pasukan keselamatan berkat pujukan, mencapai 260 orang.

1327929
Empat Pengganas PKK/KCK Menyerahkan Diri ke Pasukan Keselamatan Turki

 

Empat orang pengganas ahli organisasi pengganas PKK/KCK telah menyerahkan diri kepada pasukan keselamatan Turki.

Menurut kenyataan yang dibuat oleh Kementrian Dalam Negeri Turki, operasi-operasi yang dilancarkan untuk memerangi keganasan di dalam dan di luar negara dan selaras dengan hasil yang diperolehi, kerosakan fizikal dan ideologi, kehilangan moral dan motivasi dalam organisasi meningkat setiap hari.

Bilangan pengganas yang menyerahkan diri telah mencapai tahap tertinggi pada tahun-tahun kebelakangan ini berkat operasi-operasi yang ditambah sokongan para keluarga serta pujukan-pujukan.

Dalam konteks ini, tiga pengganas PKK/KCK telah menyerahkan diri kerana pujukan pasukan polis dan gendarmerie, sedangkan satu pengganas lainnya melarikan diri dari organisasi dan menyerahkan diri kepada pasukan keselamatan di Şırnak.

Sebaliknya, pada tahun 2019, bilangan pengganas yang berlindung di pasukan keselamatan berkat pujukan, mencapai 260 orang.
 



Berita Terkait