Sejak 11 November, Turki telah Hantar Pulang 110 Pengganas Asing

Proses penghantaran pulang para pengganas ke negara mereka masing-masing masih berterusan.

1326947
Sejak 11 November, Turki telah Hantar Pulang 110 Pengganas Asing

 

Kementrian Dalam Negeri Turki, telah menghantar pulang 110 orang pengganas asing ke negara mereka masing-masing sejak 11 November.

Proses penghantaran pulang para pengganas ke negara mereka masing-masing masih berterusan.

Dalam konteks ini, Turki telah menghantar pulang 110 pengganas asing berkewarganegaraan berbeza, diantaranya adalah 21 pengganas asing warga Jerman, 13 warga Perancis, 5 warga Britain, 2 warga Belgium, 2 warga Belanda, 2 warga Morocco, 2 warga Kosovo, satu warga Denmark, satu warga Amerika, satu warga Greece, satu warga Ireland dan satu warga Australia.

Di pusat penghantaran pulang masih terdapat 849 orang pengganas asing yang akan dihantar pulang ke negara mereka masing-masing. Penghantaran pulang para pengganas asing ke negara mereka masing-masing masih akan berterusan dalam beberapa hari yang akan datang.

''Kami akan menghantar semula ahli-ahli Daesh tidak kira apa pun. Kami bukan hotel Daesh bagi sesiapa pun.'' Kata Menteri Dalam Negeri Turki Süleyman Soylu, dalam kenyataannya pada tarikh yang berbeza, sambil menunjukkan keazamannya untuk menghantar pengganas asing ke negara masing-masing.

 



Berita Terkait