Turki Hantar Pulang 11 Pengganas Daesh ke Perancis

Kementerian Dalam Negeri Turki telah menghantar pulang 71 orang pengganas ke negara mereka sejak 11 November.

1319953
Turki Hantar Pulang 11 Pengganas Daesh ke Perancis

 

11 orang pengganas asing warga negara Perancis telah dihantar pulang ke negaranya.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Dalam Negeri Turki, dinyatakan bahawa penghantaran pulang para pengganas asing ke negara masing-masing masih berterusan.

Dalam konteks ini, 11 warganegara Perancis telah dihantar pulang.

Di sisi lain, Kementerian Dalam Negeri Turki telah menghantar pulang 71 orang pengganas ke negara mereka sejak 11 November.

Menteri Dalam Negeri Turki, Süleyman Soylu, dalam pernyataannya pada tarikh yang berlainan, berkata "tanpa mengira, ahli-ahli organisasi pengganas Daesh akan dihantar pulang ke negara mereka masing-masing. Kami bukan hotel Daesh bagi sesiapa pun." Katanya menunjukkan keazaman mereka untuk menghantar pulang para pengganas asing ke negara mereka.

 



Berita Terkait