Presiden Erdoğan: ''Sidang Kemuncak Empat Pihak Kedua akan Diadakan di Istanbul''

Presiden Erdoğan, yang sedang berada di London, ibu negara UK, bagi menghadiri Sidang Kemuncak NATO, bertemu dengan perwakilan media.

Presiden Erdoğan: ''Sidang Kemuncak Empat Pihak Kedua akan Diadakan di Istanbul''

 

Presiden Turki, Recep Tayyip Erdoğan, mengumumkan bahawa mesyuarat empat pihak antara Turki, United Kingdom (UK), Jerman dan Perancis, akan diadakan di Istanbul pada bulan Februari.

Presiden Erdoğan, yang sedang berada di London, ibu negara UK, bagi menghadiri Sidang Kemuncak NATO, bertemu dengan perwakilan media.

Presiden Erdoğan mengingatkan bahawa Turki, UK, Jerman dan Perancis telah mengadakan Sidang Kemuncak Empat Pihak, beliau berkata bahawa dalam Kemuncak itu, mereka telah membincangkan Operasi Peace Spring di Syria secara terperinci.

Presiden Erdoğan berkata bahawa pada sidang kemuncak itu, beliau telah menyerahkan maklumat dan dokumen tentang operasi itu kepada Perdana Menteri UK Boris Johnson, Canselor Jerman Angela Merkel dan Presiden Perancis Emmanuel Macron.

Presiden Erdoğan berkata bahawa mereka telah memutuskan untuk menganjurkan sidang kemuncak empat pihak ini sekurang-kurangnya setahun sekali.

"Sekarang kita akan mengadakan sidang kemuncak kedua di Istanbul pada bulan Februari. Kami telah menyepakatinya." Katanya.

 



Berita Terkait