Presiden Erdoğan Hadiri Majlis Pembukaan Masjid Cambridge

Presiden Erdoğan meminta organisasi politik dan media Barat untuk menjauhkan diri daripada pengisytiharan yang akan meminggirkan, mengecualikan dan menyalahkan orang Islam atau ahli-ahli agama lain.

Presiden Erdoğan Hadiri Majlis Pembukaan Masjid Cambridge

 

Masjid Cambridge, yang dibina di bandar Cambridge dan merupakan masjid mesra alam pertama di Eropah, telah dibuka dengan majlis yang dihadiri oleh Presiden Turki, Recep Tayyip Erdoğan.

Presiden Erdoğan berharap bahawa Masjid Cambridge, yang merupakan buah daripada usaha lebih daripada 10 tahun, akan memberi manfaat kepada semua umat Islam yang tinggal di United Kingdom (UK), terutama warganegara asal Turki.

Presiden Erdoğan menyatakan bahawa adalah sebuah kesalahan mendampingkan sebuah agama yang bermakna damai dengan kalimat keganasan.

''Anda tidak boleh mendampingkan kalimat keganasan dengan Islam. Jika anda akan terus berbuat demikian, kami akan mengutuk mereka. Anda tidak boleh mencemarkan Islam hanya kerana ada satu pengganas dari dalam Islam atau di antara orang-orang Muslim. Anda tidak boleh mengatakan ''Keganasan Islam''. Saat ini saya adalah Presiden Turki, negara di dunia yang paling banyak berjuang melawan organisasi pengganas Daesh.'' Katanya.

Menyatakan bahawa mereka wajib menolak dan menentang semua jenis tindakan yang mensasarkan orang-orang yang tidak bersalah, Presiden Erdoğan menekankan perlunya memerangi jenayah kebencian bersama-sama, dengan mengetepikan prasangka.

Presiden Erdoğan meminta organisasi politik dan media Barat untuk menjauhkan diri daripada pengisytiharan yang akan meminggirkan, mengecualikan dan menyalahkan orang Islam atau ahli-ahli agama lain.

Yusuf Islam, artis terkenal dunia yang mempelopori projek masjid itu, dalam ucapannya pada majlis pembukaan masjid itu menyatakan bahawa dia sedang mengalami satu saat yang indah dan berkata bahawa dia menjadi seorang muslim dengan memasuki sebuah masjid yang baru dibina di London 42 tahun yang lalu.

Dalam projek itu, estetika agama Islam, pemahaman seni, Gaya hidup Baginda Rasulullah dan perlindungan kepada alam telah diambil sebagai asas.

 



Berita Terkait