Presiden Erdoğan Bertolak ke UK untuk Menghadiri Mesyuarat NATO

Sebelum berangkat ke UK, Presiden Erdoğan membuat kenyataan di lapangan terbang, beliau menegaskan bahawa kemas kini dalam NATO tidak dapat dielakkan mengikut keutamaan ancaman hari ini.

Presiden Erdoğan Bertolak ke UK untuk Menghadiri Mesyuarat NATO

 

Presiden Turki, Recep Tayyip Erdoğan, bertolak ke United Kingdom (UK) untuk menghadiri Mesyuarat Pemimpin NATO, sempena ulang tahun penubuhan NATO ke-70, yang akan dianjurkan di London.

Sebelum berangkat ke UK, Presiden Erdoğan membuat kenyataan di lapangan terbang, beliau menegaskan bahawa kemas kini dalam NATO tidak dapat dielakkan mengikut keutamaan ancaman hari ini.

''Hubungan kami dengan Rusia adalah bukan sebuah alternatif daripada hubungan-hubungan kami dengan para sekutu kami.'' Kata Presiden Erdoğan, Turki adalah rakan kongsi yang sangat diperlukan NATO.

Menurut pernyataan yang dibuat oleh Direktorat Komunikasi, Presiden Erdoğan, Menteri Luar Mevlüt Çavuşoğlu, Menteri Perbendaharaan dan Kewangan Berat Albayrak dan Menteri Pertahanan Nasional Hulusi Akar juga akan turut serta dalam pertemuan yang akan diadakan pada 3-5 Disember.

Pada Mesyuarat para Pemimpin NATO, dirancang untuk menegaskan semula pentingnya keharmonian Euro-Atlantik dengan bertindak dalam persatuan dan perpaduan terhadap semua ancaman dan ujian-ujian, termasuk keganasan, di wilayah NATO.

Pertemuan itu juga membincangkan kemajuan yang dibuat dalam penyesuaian persekutuan dengan persekitaran keselamatan semasa, dijangkakan bahawa para pemimpin akan diberi arahan mengenai bagaimana menyediakan organisasi untuk tahun 2020an.

Berikutan mesyuarat itu, "Deklarasi London" dijangka akan diterima pakai.

Presiden Erdoğan dijadual mengadakan perbincangan dengan beberapa pemimpin negara dan kerajaan yang mengambil bahagian dalam mesyuarat tersebut.

Presiden Erdoğan juga akan menghadiri Sidang Kemuncak Empat Pihak, yang akan diadakan dengan penyertaan para pemimpin negara dari UK, Perancis dan Jerman.

Sidang kemuncak itu akan memberi tumpuan kepada perkembangan serantau, khususnya di Syria dan Libya.

Presiden Erdoğan akan menghadiri majlis perasmian Masjid Cambridge pada hari terakhir lawatannya.

 



Berita Terkait