Turki Yakin pada Cita-Cita NATO dan Misi-Misinya yang Berterusan

Sidang Kemuncak NATO akan dianjurkan esok hari di London, ibu negara UK.

Turki Yakin pada Cita-Cita NATO dan Misi-Misinya yang Berterusan

 

Pengarah Komunikasi Presiden Turki, Fahrettin Altun, menyatakan bahawa beliau yakin kepada cita-cita Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) dan misi-misinya yang berterusan.

Sidang Kemuncak NATO akan dianjurkan esok hari di London, ibu negara UK.

Presiden Recep Tayyip Erdogan juga akan menghadiri sidang kemuncak itu, yang akan menandakan ulang tahun ke-70 penubuhan NATO.

Pengarah Komunikasi Presiden Turki, Fahrettin Altun, sebelum sidang kemuncak itu menarik perhatian kepada misi Turki di dalam NATO.

‘’Turki hampir 70 tahun telah menjadi sebuah sekutu yang amat diperlukan bagi Barat dan ini masih berterusan. Turki menyertai NATO pada tahun 1952 dan telah bekerja selama beberapa dekad bagi pihak keselamatan Perikatan dalam banyak misi kritikal di seluruh dunia’’. Kata Fahrettin Altun menerusi akaun Twitter.

Altun menggariskan bahawa dalam tempoh Perang Dingin maupun pasca-Perang Dingin, Turki terus memainkan peranan yang kuat dalam NATO.

"Kami percaya pada cita-cita NATO dan misi-misinya yang berterusan," kata Altun, beliau menekankan bahawa peranan yang dimainkan oleh organisasi dalam hal keselamatan bersama dan masa depan harus dibincangkan dengan tegas.

 



Berita Terkait