Resipi Masakan Turki (Ezo Gelin Çorbası)

Dalam program ini, kami memberikan maklumat ringkas tentang budaya makanan Turki dan resipi dari masakan Turki.

Resipi Masakan Turki (Ezo Gelin Çorbası)

 

Sup mempunyai tempat yang istimewa dalam masakan Turki. Terlepas dari musim, ia adalah tabiat biasa untuk memulakan makan dengan sup. Tanpa mengira lapisan masyarakat, kaya atau miskin, orang kampung atau orang kota. Sup yang biasanya dihidangkan semasa makan tengahhari atau di waktu petang, dalam budaya Turki, sup boleh dimakan disetiap masa. Memulakan hari dengan sup semasa sarapan pagi adalah tabiat umum, terutama di kawasan luar bandar. Hari ini, kami akan memberikan resipi sup khas masakan Turki dan berbau Anatolia. Nama sup kami adalah ‘’Ezo Gelin Çorbası’’.

Nama sup ini dipercayai telah diambil dari nama seorang perempuan bernama ‘’Ezo Gelin’’ atau boleh diertikan sebagai menantu perempuan bernama Ezo, yang hidup di Gaziantep, di tenggara Turki. Sup Ezo Gelin dengan bahan utamanya adalah lentil merah, adalah sup berkhasiat, lazat dan sangat praktikal untuk menyediakannya. Sekiranya anda sudah bersedia, kami boleh berikan resipi untuk sup ini.

Seperti biasa, marilah kita mula mengira bahan yang diperlukan untuk membuat sup Ezo Gelin...

1 ½ cawan lentil

3 sudu beras

2 sudu bulgur

1 bawang besar

1 sudu teh pes tomato

1 sudu mentega

6 cawan air panas

1 sudu teh pudina

1 sudu teh garam

 

untuk sajian:

Air perasan 1/2 lemon

1 sudu teh chili flakes

 

Sudah tiba masanya untuk memasak sup Ezo Gelin. Pertama, cuci lentil dengan teliti dengan air yang banyak sehingga air putih dari lentil hilang. Rebus air panas dalam periuk besar. Masukkan lentil yang telah dicuci bersih ke dalam periuk. Masukkan 3 sudu beras, 2 sudu bulgur dan 1 sudu teh garam. Masak selama kira-kira 35 minit sehingga lentil merah lembut. Cairkan 1 sudu mentega dalam kuali yang berasingan. Masukkan 1 bawang besar cincang dan tumis. Tambah 1 sudu pes tomato kepada tumisan bawang, kemudian tambah 1 sudu teh pudina. Tumis bersama selama 2 minit lagi. Angkat tumisan bawang dan pes tomato kemudian masukkan ke dalam periuk berisi lentil rebus. Kacau rata kemudian masak sup selama 10 minit lagi. Hidangkan dengan jus lemon dan chili merah flakes. Selamat makan!

 

Dalam program Resipi Masakan Turki kali ini, kami telah memberikan resipi Sup Ezo Gelin, yang merupakan salah satu hidangan tradisional Turki. Sampai jumpa dalam program berikutnya dengan risipi berbeza.

 

 



Berita Terkait