Di Syria, Turki Tangkap Pengganas Daesh yang Bertanggungjawab atas Bom Bunuh Diri

Pasukan keselamatan Turki, telah menangkap pengganas yang bertanggungjawab atas bom bunuh diri organisasi pengganas Daesh di bandar Azaz di Syria.

1310802
Di Syria, Turki Tangkap Pengganas Daesh yang Bertanggungjawab atas Bom Bunuh Diri

 

Pasukan keselamatan Turki, telah menangkap pengganas yang bertanggungjawab atas bom bunuh diri organisasi pengganas Daesh di bandar Azaz di Syria.

Menteri Dalam Negeri Turki, Süleyman Soylu, mengumumkan bahawa pengganas yang ditangkap adalah Yusuf Huba dengan nama kod Al Nasser Hubaidah.

Menteri Turki Soylu yang berkongsi rincian mengenai operasi itu, berkata bahawa Yusuf Huba adalah pengganas yang memberikan latihan bom secara langsung di seluruh dunia melalui internet.

''Yusuf Huba, bernama kod Abu Jihad al-Din Nasser Ubaidah, pemimpin organisasi pengganas Daesh yang ditangkap di Azaz, adalah satu nama yang aktif dalam organisasi itu. Ia mempunyai keupayaan untuk membuat bom dan memberikan latihan mengenai bom. Orang ini yang merancang dan memberikan arahan serangan bom di Rusia pada tahun 2018 dan serangan di pusat membeli-belah di bandar Hamburg di Jerman, dia adalah seseorang yang memberi latihan mengenai menyediakan bom kereta, bom bunuh diri dan pembunuhan dengan racun kepada para pengganas ahli organisasi pengganas Daesh di seluruh dunia.'' Kata Menteri Soylu.

Menteri Soylu berkata bahawa pengganas ini masih dalam proses interogasi di Syria.

 



Berita Terkait